Monday, March 26, 2007

Pencemaran visual!!

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

TAJUK: PENGARUH PENCEMARAN VISUAL TERHADAP NILAI ESTETIKA DI PUSAT BANDARAYA KOTA KINABALU


NAMA: MAXIMILIAN FEDILIS
NO. MATRIK: HA2005-6501
PENYELIA: EN. RAMZAH DAMBUL








1. PENGENALAN
Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar. Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia. Terdapat pelbagai jenis pencemaran iaitu pencemaran udara, pencemaran air, dan pencemaran tanah.
Pencemaran Visual merupakan pencemaran yang baru mendapat tempat memandangkan keadaan pencemaran visual kini semakin teruk. Pencemaran visual amat ketara berlaku dikawasan bandar. Pencemaran visual merupakan pandangan yang tidak menyenangkan dikalangan masyarakat yang memandang keadaan tersebut. Ia sama ada boleh membahayakan kesihatan, keselamatan, harta benda dan menghalang manusia menikmati hartanya atau keadaan kehidupan dengan baik. Pencemaran visual contohnya adalah seperti papan iklan pelbagai guna dan saiz, iklan-iklan kertas yang bertampal sama ada di dinding kedai, perhentian bas, pondok telefon, cara pembinaan bangunan, pengecatan bangunan dan pembentukkan bangunan juga diambil kira. Walaubagaimanapun, kajian ini mengambil kira mengenai pencemaran visual yang melibatkan pelbagai jenis bentuk pengiklanan seperti papan iklan ataupun kertas pelbagai saiz.
Reka bentuk Bandar member tumpuan terhadap aspek-aspek fungsi dan nilai estetika alam bina sesebuah bandaraya. Faktor estetika yang pada tradisinya mendapat perhatian reka bentuk bandar akan lebih bermakna apabila digandingkan dengan pertimbangan-pertimbangan lain bagi mewujudkan persekitaran yang berpandangan nyaman, mudah, dan selesa. Usaha-usaha dan aktiviti reka bentuk bandar boleh menjurus kepada pembentukan satu rangka kerja dasar dan garis panduan yang boleh mewujudkan persekitaran hidup yang diingini dan imej serta identiti bandar raya yang sewajarnya. Seperti mana bandar raya di negara-negara sedang membangun, Kota Kinabalu telah berkembang dengan pesatnya, digerakkan oleh keperluan untuk menjana kekayaan.
2. PERMASALAHAN KAJIAN.

Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan kajian ini antaranya adalah:
2.1 Isu berkaitan dengan pencemaran visual
2.2 Pengaruh pencemaran visual terhadap nilai estetika

Isu-isu ini memerlukan pengawalan secara berterusan untuk menjamin kemampanan pembangunan dari segi persekitaran bandar dan nilai estetika. Kawalan terhadap pencemaran ini diperlukan bagi mengawal isu ini memudaratkan nilai estetika kawasan bandar dan memberikan pandangan negatif kepada pelancong asing.

3. KERANGKA PENYELIDIKAN
3. 1 SKOP KAJIAN.

Skop kajian ini merangkumi beberapa perkara seperti berikut:
3.1.1 Skop utama kajian ini adalah untuk mengkaji dan menganalisa pengaruh semasa pencemaran visual ke atas nilai estetika di pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
3.1.2 Seterusnya mengenalpasti bentuk pencemaran visual yang kerap berlaku di pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.


3.2. KAWASAN KAJIAN.

Kawasan kajian bagi kajian ini terbahagi kepada lima kawasan utama di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu iaitu kawasan Asia City, Sinsuran, Segama , Kg. Air dan Gaya Street.

3.3 HIPOTESIS.
3.3.1 Pencemaran visual mempengaruhi nilai estetika di pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
3.3.2 Tempat tumpuan pencemaran visual mengikut bentuk iklan terdapat di kawasan tumpuan orang awam di pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
3.4 OBJEKTIF KAJIAN.
Umumnya, objektif utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kewujudan pencemaran visual dan pengaruhnya terhadap nilai estetika di pusat Bandaraya Kota Kinabalu mengikut kawasan yang telah dikenalpasti.

3.4.1 Mengenalpasti jenis-jenis iklan yang terdapat di kawasan terpilih di pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
3.4.2 Melihat pengaruh semasa pencemaran visual ke atas nilai estetika di pusat Bandaraya Kota Kinabalu berdasarkan analisis.
3.4.3 Melihat perbandingan antara dapatan kajian dengan pengurusan yang dijalankan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam aspek pencemaran visual.

4. METODOLOGI KAJIAN.
Kaedah kajian adalah satu cara untuk mendapatkan data yang akan dikaji atau dianalisis. Dengan itu, kaedah kajian yang akan dilakukan adalah mendapatkan atau menjalankan kajian terhadap permasalahan kajian yang telah dipilih. Dalam kajian ini, pelbagai cara akan digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini.
4.1 Data Primer
4.1.1 Kajian Lapangan / Pemerhatian
Gambar foto kawasan kajian akan diambil dengan cara turun ke lokasi kajian dan juga dengan menjalankan kaedah pemerhatian.

4.1.2 Kaedah Temubual
Kaedah temubual ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat primer dalam menjalankan kajian. Temu bual secara formal sangat penting kerana kaedah ini melibatkan pertemuan diantara pihak-pihak yang terlibat terutamanya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

4.1.3 borang soal selidik.
Sebanyak 60 edaran borang selidik akan digunakan bagi mengenalpasti pengaruh pencemaran visual terhadap nilai estetika di pusat Bandaraya Kota Kinabalu.






4.2 Data Sekunder
4.2.1 Bahan-bahan Perpustakaan
Membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kajian. Antara perpustakaan yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat adalah seperti perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Perpustakaan Negeri Sabah. Manakala, bahan-bahan yang akan menjadi rujukan adalah seperti buku-buku rujukan, jurnal-jurnal, majalah dan surat khabar yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini.

4.2.2 Kaedah Kajian Pustaka
Kaedah ini melibatkan pengambilan data dari jabatan-jabatan kerajaan untuk mengukuhkan data dan maklumat yang diperlukan dalam menjalankan kajian. Data-data seperti kebenaran mempamerkan iklan serta bentuk pengurusan pencemaran visual yang khusus di kawsan kajian di samping maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan kajian. Di antara jabatan-jabatan kerajaan yang dirujuk adalah seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Alam Sekitar.

4.3 Data Analisis
Analisis data yang dikumpul akan menggunakan software statistik SPSS. Output bagi data analisis soalselidik akan dianalisis secara deskriptif dan beberapa ujian statistik untuk melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah, dan akan dinilai dan dibincangkan dalam bentuk jadual, graf, dan histogram.


5. JANGKAAN KEPUTUSAN
Jangkaan keputusan daripada kajian yang akan dijalankan adalah terdapat pengaruh pencemaran visual terhadap nilai estetika di kawasan kajian. Beberapa cadangan pengurusan akan dicadangkan agar dapat membantu mengurangkan permasalahan kajian ini di samping mengekalkan nilai estetika kawasan pusat Bandaraya Kota Kinabalu.

6. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pencemaran visual adalah merupakan pencemaran yang semakin mendapat perhatian umum memandangkan masalah ini mencacatkan pandangan kita dan mengotorkan alam sekeliling kita. Ini kerana pertambahan pencemaran visual ini pasti akan memberikan tanggapan buruk terhadap sistem pengurusan dan imej Bandaraya Kota Kinabalu.
Oleh itu, kajian yang akan dilakukan ini akan dapat memberikan gambaran penuh pengaruh pencemaran visual terhadap nilai estetika kawasan kajian dengan lebih menyeluruh. Langkah pengawalan pencemaran ini akan dapat diperhalusi lagi.









BIBLIOGRAFI

1. Katiman Rostam.1998. Pengantar Geografi Bandar. DBP. Kuala Lumpur
2. James M.Rubenstein. 2003.The Cultural Landscape – An Introduction
to Human Geography. 7th edition. Miami University Oxford, Ohio.
3. H.J de Blij. 1996. Human Geography – Culture, Society, and Space.
John Wiley and Sons. Inc. America.
4. Keng Su Seng.2002. Geografi Alam Sekitar Manusia, Edisi Kedua. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

RUJUKAN INTERNET
1. http://ahba.tripod.com/notakt06.htmlhttp://www.pikiran
2. http://wadahwanita.blogspot.com/2002/09/usaha-cintai-alam-sekitar-bermula-dari.html
3. http://www.mbmb.gov.my/konservasi/6-3.html






,